Utama

Selamat Datang ke

PERSATUAN BINA KERJAYA ORANG KURANG UPAYA PERAK (PBKOKU)

PPM-005-08-30102015

Mobirise
Mobirise

PENGENALAN

Persatuan Bina Kerjaya Orang Kurang Upaya Perak (PPM-005-08-30102015) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan beroperasi di permis khas Bernama “Teratak Bina Daya” beralamat di No. 116, Lorong 11, Taman Kota Jaya, 34700 Simpang, Perak Darul Ridzuan.

Persatuan ini ditubuhkan dengan empat (4) tunjang fungsi utama untuk:
1. membangunkan potensi
2. memberi latihan & kemahiran
3. mempersiap daya tenaga kerja
4. membuka ruang keusahawanan
kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri Perak, khususnya dalam kalangan belia dan dewasa OKU berumur antara 18 hingga 50 tahun.

Ditubuhkan sejak 2015, persatuan telah melaksanakan pelbagai program latihan dan inisiatif sosial bertujuan meningkatkan taraf hidup OKU setempat agar dapat berdikari dan mampu menyumbang seiring dengan masyarakat awam. Walau bagaimanapun, gerak program persatuan mula perlahan pada 2022 dengan pertukaran pengerusi sehingga penyata tahunan 2024 dengan ketiadaan bilangan ahli berdaftar. Pada penghujung April 2025, persatuan mula merancang untuk mengaktifkan kembali dan merangka gerak dengan pelantikan organisasi serta ahli jawatankuasa baharu di bawah pengerusi lantikan baharu; Pn. Hanisal Khadijah bt. Abdullah.

Bagi menggerakkan kembali fungsi dan peranan persatuan demi komuniti OKU, usaha ini tentu sahaja memerlukan penstrukturan program terancang dengan strategik jaringan industri seterusnya sokongan kewangan yang berterusan bagi membiayai segala kos operasi, pentadbiran, logistik dan pembangunan program. 

Membangunkan
Potensi

Memberi Latihan &
Kemahiran

Mempersiap Daya
Tenaga Kerja

Membuka Ruang
Keusahawanan

HARAPAN KAMI SEBAGAI PERSATUAN

Persatuan Bina Kerjaya Orang Kurang Upaya (PBKOKU) ditubuhkan dengan harapan menjadi pusat usaha dan rujukan membantu komuniti OKU mendapat pencerahan latihan dan kemahiran seterusnya mampu menjana pendapatan sara diri menerusi penghasilan kerja.

Usaha ini adalah selari dengan aspirasi murni masyarakat untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang inklusif, meningkatkan taraf hidup golongan OKU tanpa terus mengharap belas serta menggalakkan keterlibatan mereka dengan setara dalam sektor ekonomi dan sosial secara bermaruah tanpa keciciran.

Kami percaya inisiatif seperti ini mampu memberikan impak positif dan berterusan kepada komuniti OKU sekaligus membina masyararat setempat yang prihatin dan sejahtera. 

OBJEKTIF

Laman sesawang ini dibangun sebagai maklumat rujukan berkaitan butiran informasi Persatuan Bina Kerjaya Orang Kurang Upaya Perak (PBKOKU) yang berdaftar meliputi latar belakang, fungsi dan peranan serta program yang diurus selia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memohon sokongan, pertimbangan kerjasama serta bantuan kewangan daripada agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), badan korporat, syarikat swasta serta individu perseorangan yang berkaitan bagi memastikan pelaksanaan dan kemenjadian program-program yang diatur.  

STATISTIK OKU BERDAFTAR : SETAKAT 2019

Jumlah mengikut kategori dan kesemua peringkat umur

48645

Penglihatan

38676

Pendengaran

197414

Fizikal

189698

Masalah Pembelajaran

2812

Pertuturan

45401

Mental

25549

Pelbagai

WebVersi : 2025.08.28P  |  Dibina oleh EZ Optimal Technologies.