Sasaran Pelatih OKU & Dana

SASARAN PELATIH OKU BERDAFTAR (KATEGORI)

Bagi permulaan operasi, persatuan telah berjaya mendaftarkan 8 (lapan) orang ahli OKU yang akan mengikuti program secara sistematik dan komprehensif. Mereka terdiri daripada anak watan Perak di sekitar Taiping lelaki dan perempuan berusia bermula dari 19 sehingga 47 tahun dengan kategori ketidakupayaan masing-masing yang berbeza meliputi:

1. Pembelajaran / Intelektual
2. Fizikal
3. Pertuturan
4. Penglihatan
5. Pendengaran
6. Pelbagai / SLD


Berlatar belakang keluarga dengan sosio-ekonomi yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah, kesemua mereka merupakan pemegang kad OKU yang sah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).   

SASARAN DANA / GERAN

Perancangan dibuat dengan pendekatan pelbagai sumber meliputi kerajaan, korporat, komuniti dan antarabangsa. Fokus 4 (empat) strategi penting iaitu kenalpasti kategori program, kesesuaian mohon dana / geran, sedia kertas kerja dan bentuk jaringan industri / GLC (peluang kerja / dana CSR).

Antara dalam senarai seperti KPWKM, JKM, KBS, KPT (Universiti/Kolej Swasta, Kolej Komuniti, Politeknik, GIATMARA), KKM (Terapi Cara Kerja) EPU/ICU JPM, Pejabat SUK, Yayasan Perak, MAIPk, JPA, GLC, Pengusaha Kilang, SME, Kutipan Amal, JICA, TNB, CIMB, Maybank, SIME Darby Foundation, Hotel & Yayasan EMKAY. 

WebVersi : 2025.08.28P  |  Dibina oleh EZ Optimal Technologies.