Membina jaringan kerjasama dengan pihak industri menjadi antara langkah strategik persatuan dalam mengembangkan potensi OKU menerusi latihan bukan sahaja membuka ruang kepada masyarakat umum prihatin untuk turut serta mengambil tanggungjawab, ia juga memberi peluang ahli OKU mendapat akses pekerjaan sekaligus menjana pendapatan.
Kerjasama ini dijalankan menerusi perjumpaan dan sesi dialog (pick & match), on-job training, pemasaran produk, penempatan kerja (job placement) & upah sara diri dan inisiatif CSR. Jenis dan kategori industri disesuaikan mengikut tunjang dan produksi yang disasar serta selari dengan peluang ekosistem setempat seperti F&B, Agro Makanan, Vokasional, Teknikal Ringan, Refleksiologi, Homestay, SME Vendor, Badan Kerajaan, NGO serta Pusat Pendidikan Tinggi serta Institusi bersangkutan