Maklumat Persatuan
Mobirise
Mobirise

PENGENALAN

Persatuan Bina Kerjaya Orang Kurang Upaya Perak (PPM-005-08-30102015) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan beroperasi di permis khas Bernama “Teratak Bina Daya” beralamat di No. 116, Lorong 11, Taman Kota Jaya, 34700 Simpang, Perak Darul Ridzuan.

Persatuan ini ditubuhkan dengan empat (4) tunjang fungsi utama untuk:
1. membangunkan potensi
2. memberi latihan & kemahiran
3. mempersiap daya tenaga kerja
4. membuka ruang keusahawanan
kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri Perak, khususnya dalam kalangan belia dan dewasa OKU berumur antara 18 hingga 50 tahun.

Ditubuhkan sejak 2015, persatuan telah melaksanakan pelbagai program latihan dan inisiatif sosial bertujuan meningkatkan taraf hidup OKU setempat agar dapat berdikari dan mampu menyumbang seiring dengan masyarakat awam. Walau bagaimanapun, gerak program persatuan mula perlahan pada 2022 dengan pertukaran pengerusi sehingga penyata tahunan 2024 dengan ketiadaan bilangan ahli berdaftar. Pada penghujung April 2025, persatuan mula merancang untuk mengaktifkan kembali dan merangka gerak dengan pelantikan organisasi serta ahli jawatankuasa baharu di bawah pengerusi lantikan baharu; Pn. Hanisal Khadijah bt. Abdullah.

Bagi menggerakkan kembali fungsi dan peranan persatuan demi komuniti OKU, usaha ini tentu sahaja memerlukan penstrukturan program terancang dengan strategik jaringan industri seterusnya sokongan kewangan yang berterusan bagi membiayai segala kos operasi, pentadbiran, logistik dan pembangunan program. 

VISI

Menjadi platform utama pembangunan kerjaya dan ekonomi OKU di negeri Perak.

MISI

• Memberi peluang kepada OKU untuk meningkatkan potensi diri.
• Menyediakan latihan kemahiran yang berstruktur.
• Membantu OKU mempersiapkan diri ke alam pekerjaan.
• Membimbing OKU membina keusahawanan yang mampan. 

KATEGORI SASARAN

Orang Kurang Upaya (OKU):
• Penglihatan
• Pendengaran
• Pertuturan
• Fizikal
• Pembelajaran
• Mental
• Intelektual
• Pelbagai
• Specific Learning Disorder (SLD) 

Mobirise Website Builder

LOGO & SLOGAN

Simbolik logo persatuan merangkumi gabungan bulatan roda bergigi dan ikon manusia yang menonjolkan makna kitaran kehidupan diransang potensi dan kemahiran berterusan dapat membuka peluang membina daya lebih maju serta membawa semangat berdikari, yakin diri seterusnya harapan, aspirasi dan kejayaan individu dalam masyarakat prihatin.

Serlahan pada warna utama membawa erti Hijau (pertumbuhan, peluang dan makmur), Unggu (maruah, aspirasi dan ketekunan) dan Biru (kemahiran, pengetahuan dan profesionalisme).

Slogan : “OKU Berdaya, Masyarakat Sejahtera”
Apabila OKU diberdayakan (stabil fizikal, mental, emosi, dan ekonomi) dengan peluang dan sokongan yang sewajarnya, masyarakat secara keseluruhan akan menjadi lebih makmur, harmoni, dan sejahtera 

WebVersi : 2025.08.28P  |  Dibina oleh EZ Optimal Technologies.